Monday, 12 December 2016

resepi takoyaki jepun

Resepi Takoyaki 

Bahan-bahan
Bancuhan tepung 
1 cup tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung/ 1 sudu besar katakuriko
2 biji telur
2 cawan air
1 sudu kecil dashi
3 sudu kecil kicap jepun

Bahan inti
Tako (sotong kurita) Boleh juga guna yang lain. 
Kubis cincang
Daun bawang cincang halus
Agedama/tenkasu  

Topping
Sos takoyaki
Aonori seaweed
Bonito flakes (katsuo bushi)
Mayonis jepun 


Cara membuatnya
Masukkan tepung-tepung dan tenkasu dalam mangkuk sederhana, setelah itu, gaul sikit. Tambah dashi, telur dan secawan air. Kacau sebati.

Masukkan kicap jepun dan baki air sambil mengacau. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.

Bila dah buat semua.. Boleh la start mentako ball. 

Masukkan minyak ke dalam tako pan. Agak agak 1/3 dari kedalamannya gitu. Lepas tu tuang tepung agak agak separuh. Masukkan inti tako dan taburkan kubis dan bawang. Lepas tu tuang lagi bancuhan tepung sampai penuh. Melimpah sikit tak pe. 

Bila separuh tu dah nampak golden sikit boleh start menggolek. Kalau nak dapatkan hasil takoyaki yang rangup, bila dah terbentuk bebola tu tambahkan minyak lagi pada bebola. 



Image result for gambar takoyaki












Resepi kek coklat

Cara membuat kek coklat kukus:

Resepi Kek Coklat Kukus Moist, Paling Sedap dan Mudah

Resepi Kek Coklat – Jika kita menyebut coklat, siapa yang tak suka? Ia punya rasa enak dan manis membuat coklat sangat disukai oleh hampir semua orang, adalah tidak terkecuali kanak-kanak. Tidaklah terkejut kalau coklat menjadi bahan tambahan dalam membuat kek, roti, atau gula-gula kegemaran anda. Tak sekedar bahan tambahan, terdapat banyak resepi yang menggunakan bahan-bahan dasar daripada coklat, seperti resepi kek coklat kukus moist dan mudah.

Bahan-bahan buat kek coklat:
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur

Image result for gambar kek coklat kukus

Resepi Karipap Kentang

Penjualan frozen food:

 Karipap Frozen

DOH KARIPAP
Bahan-bahannya :
4 cawan tepung
2 tbs margerin
1/2 cawan oil
3/4 cawan air
1/2 tsp garam

*Cara membuatnya :
-Panaskan margerin + minyak dalam periuk. Tutup api.
-Tengah panas-pansa tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garpu
  dah sejuk sikit, campur garam dan air.
  uli-uli.. siap!

*INTI KARI AYAM DGN KELEDEK
  Bahan-bahannya:
-400gm daging ayam kisar
-1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
-2 sudu besar cili mesin
-1sudu kecil serbuk lada hitam
-3 sudu besar rempah kari
-1 sudu besar rempah gulai ~ boleh skip kalau tak ada
-1 biji (saiz besar) ubi keledek ~ boleh gantikan dgn 2 bj ubi kentang
-1 cawan air
-garam
-minyak

*Cara-cara:
-Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi.
-Masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam, tumis lagi hingga garing.
-Masukkan pula rempah kari dan rempah gulai yg dibancuh dgn sedikit air.
-Goreng hingga pecah minyak dan masukkan ayam/daging kisar dan keledek yg     dipotong dadu.
-Goreng sebentar hingga ayam/daging berubah warna.
-Kemudian masukkan air dan garam secukupnya, masak hingga keledek empuk     dan inti menjadi kering (mengikut selera masing2).
-Angkat dan biarkan sejuk, kemudian bolehlah dijadikan inti karipap, pau dan       sebagainya..

Image result for gambar karipap

Mengenai kami

Mengenai Kami di 

Kolej Komuniti Segamat
Jln Putra 1/4 ,Bandar Putra,
8500 Segamat Johor.